Rakyat Malaysia Sangka Tadom Hill Resort Ini Di Luar Negara, Rupanya Hanya Di Selangor!


Buat korang yang gemarkan aktiviti camping serta riadah tak kira lah sama ada dengan keluarga mahupun rakan, korang pasti teruja dengan tarikan baru terletak cuma di Banting, Selangor ini.
Sejak semalam, beberapa keping foto keindahan kawasan daya tarikan baru ini mula viral di laman sosial. Setelah diteliti, memang ianya hanya terletak tidak jauh dari ibu kota.
Jadi apa yang menarik tentang Tadom Hill Resorts ini? Selain camping, apa lagi yang korang boleh buat dekat situ? Teruskan bacaan sebab kami pun plan nak kesana nanti!

Kawasan paling ‘perfect’ short getaways!

Terletak hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur, Tadom Hill Resorts merupakan kawasan camping dan riadah ‘wajib’ pergi buat mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi.
Dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah, kawasan ini difahamkan baru dibuka dan beberapa daya tarikan lain sedang dalam proses pembinaan.

Bergayut macam tarzan dan aktiviti menarik lain


Pertama kali melihat foto-foto yang sedang berlegar di laman sosial ini, kami ingat ianya terletak di Thailand atau Indonesia namun jangkaan tersebut meleset!
Mana tidaknya aktiviti-aktiviti seperti yang korang lihat di dalam gambar ini boleh dilakukan di Tadom Hill Resorts.

Konsep buluh yang mendamaikan


Apa yang paling menarik perhatian kami ialah konsep Tadom Hill Resorts ini. Memang terbaik sebab ianya berkonsepkan buluh.



Buat masa ini ada 3 jenis pakej ‘tempat tinggal’ yang ditawarkan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Vip Bamboo Hut. Sebelum korang pergi, elok check dulu di laman web mereka ni. Sebab masa kami check, memang banyak yang dah penuh.

Tadom Base buat mereka yang ‘gila lasak’


Di sini juga korang boleh lakukan beberapa aktiviti lasak dan mencabar iaitu di Tadom Base. 4 zon disediakan buat korang mencabar ketahanan mental dan fizikal!

Terletak di kampung Orang Asli


Difahamkan kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan.

So tunggu apa, jom! - OhBulan

1 comment... add one now

Unknown Unknown September 13, 2015 at 3:31 AM
saya dah pergi... memang menarik tempat ni... recommended sesangat
http://blog3kaki.blogspot.my/2015/09/tadom-hill-resort-banting-weekend.html