Kapal Ini Berusia Lebih 2000 Tahun Tetapi Diabaikan Oleh Kerajaan Malaysia


MEREPUTLAH KAU WAHAI KAPAL WARISAN MELAYU DI SUNGAI BATU...
Kapal-kapal purba ni menunggu masa untuk mereput di dalam kolam limbah berlumpur tu.Kalau kapal-kapal ini berada di Sweden atau England,sudah tentu berebut-rebut ahli arkeologi dan sejarahwan ingin mengorek kolam berlumpur itu.

Bayangkan,umur kapal-kapal ini lebih 2000 tahun,lebih tua dari kapal Vasa dan Mary Rose yang digali Sweden dan England dan siap dipamerkan di muzium masing-masing.Kapal Vasa dibina pada abad ke-17 manakala Mary Rose pada abad ke-16.

Sebelum The Age of Sail yang dibangga-banggakan Barat sehingga muncul dalam filem-filem termasuk siri The Pirates of Caribbean,1000 tahun sebelum itu orang-orang Melayu Srivijaya telah memahat ukiran kapal-kapal perdagangan mereka di Borobudur yang mengagumkan itu.1000 tahun sebelum orang Eropah mengerti memakai kapal-kapal untuk berdagang dan berperang.Bayangkan.
Tapi kapal-kapal Kedah Tua ini beratus tahun lebih tua dari ukiran-ukiran kapal di tembok Borobudur itu.Bayangkan.
Masa kapal-kapal purba ni dok belayar megah atas air,nenek moyang orang Swedish dan English yang bina kapal Vasa dan Mary Rose tu masih hidup berpindah randah macam nomad sebagai suku-suku Norse dan Jerman Kuno,sekali-sekala diserang dan dijajah bangsa Rom.Bayangkan
Berita pasal kapal-kapal itu sudah setahun dua saya mendengarnya,sejak 2013 lagi.Tapi betapa lembik dan lembabnya pihak-pihak tertentu dalam menangani isu ini.Adakah ingin menunggu kontraktor membina apartment mewah di atas kapal-kapal purba berusia lebih 2000 tahun itu,baru nak terlompat-lompat macam beruk termakan cabai?
Kapal Vasa yang lebih kurang sepanjang 200 kaki boleh dinaikkan,takkan kapal yang kononnya panjang 50 kaki tak boleh dinaikkan?Vasa tu tenggelam di Laut Baltic tau ini kapal purba Kedah tu tenggelam dalam kolam atas darat,mengapa pihak muzium,universiti atau persatuan sejarah takde langsung tiada tenaga kejantanan untuk mengerahkan daya dan upaya bagi menaikkan kapal-kapal purba ini?
Saya tak mengharapkan kerajaan buta sejarah ini menggali Selat Melaka.Saya hanya nak mereka gali kapal-kapal saya dalam kolam limbah paya tu saja.Apakah jin syaitan yang menghalang pun saya tak tahu sampai setahun lebih dok biarkan kapal tu mereput dalam tanah.
Payah kalau nak bercakap dengan orang-orang yang buta sejarah.Kerajaan komunis China sanggup menipu ukir gua-gua dan reka tengkorak-tengkorak untuk tambahkan tapak-tapak arkeologi,Thailand sanggup keluarkan macam-macam filem pasal sejarah mereka yang hanya bermula abad ke-13 tu,Filipina dah takde sejarah dan budaya sebab dimusnahkan masa penjajahan,terpaksa ambil budaya dan sejarah sebelah selatan seperti Mindanao dan Sulu untuk gambarkan mereka masih ada sejarah,tapi orang-orang kat negeri Kedah ni yang ada sejarah agung tertua dari segala peradaban di Asia Tenggara,boleh buat kapal-kapal tu macam pekasam dan kimchi dalam kolam.
Merdeka dah 58 tahun tapi pemikiran masih di zaman Charles Brooke.Lembab dan bengap.Cuba aktifkan diri tu sikit,keluar dari pejabat.Muzium tu dah ada pak guard jaga.Rakyat bayar gaji anda untuk korek kapal-kapal ni letak dalam muzium.Yang dok bergosip,tidoq dalam opis buat pa.
Pi korek kapal-kapal tu,pi bersihkan,kasi perkemaih sket,lepaih tu tayang kat orang ramai.Jangan jadi macam had Melaka,kapal penjajah Portugis pulak sanggup dibina,habis beribu-ribu ringgit pastu ditayangkan depan muzium pastu bangga pulak.Pelik bin ajaib.
~Srikandi | The Patriots
gambar: kapal Vasa dan ukiran kapal di Borobudur era Srivijaya.
VIRALKAN ARTIKEL INI KALAU ANDA SAYANGKAN ANAK BANGSA ANDA! PASTIKAN KERAJAAN MENAIKKAN KAPAL YANG MENJADI LAMBANG PERADABAN MELAYU SUNGAI BATU!!!


2 comments.. read them below or add one

ezree ezree September 2, 2015 at 7:38 AM
Harap pihak tv...sama ada rtm, tv al hijrah atau astro membuat satu program khas tentang penemuan artifak kuno ini kpd rakyat malaysia bg menimbulkan perasaan jati diri...
Unknown Unknown March 31, 2017 at 3:05 AM
borobudur tu java not malay lah..